Friday, December 31, 2010
Bye 2010 , Welcome 2011
Thursday, December 30, 2010
Finally !! Terima kasih Geng Blogger !
Saturday, December 4, 2010
Belog problem !
Thursday, December 2, 2010
Korang nak tengok satu benda takk?
Assalamualaikummmmm !
hehehe
Tajuk macam gempak tak?
Gempak takkk??
Tak gempak ek?
Okeeee takpe
T____T
Entri kali ni kan ,
aku nak cerita tentang satu barang untuk kenderaan tau.
Sape sini pakai kereta angkat tangan ! :P
Benda nih kan nama die MPC ( Max Power Controller)
Pernah dengar tak??
Sape pernah dengar? teehee
Korang nak tau tak ape benda nih?
***********************************************************
Oke meh aku nak cerita meh.
Adik2 , akak2 , abang2 , pacek2 , macek2 ,
Mai denganqqq maihhhh !
:P
Benda nih kan untuk menjimat kan minyak kenderaan sampai 45% tauuu !
Percaya takkk??
Sila percaya sebab mmg da ramai sgt org pakai benda ni dan bagi feedback positive.
Selain tu ,
die bukan je untuk penjimatan minyak tauu kawan-kawan ,
tapi die jugak untuk tambahkan pick up kereta.
Contohnya macam kereta auto ,
kalau naek bukit mesti berat kan?
Betul tak?
teehee.
Tapi kalau pasang benda ni ,
kereta tu buleh naek bukit smoothly je tauuu.
Benda ni ada banyak lagi kelebihan dia.
Aircond kereta pon lebih sejuk n radio pon x de nak lari-lari.
(err radio ada kaki ke?)
Banyak lagi aku nak cerita tentg kelebihan dia ,
tapi aku cerita kat entri laen pulak k?
Nak cerita tentang kelebihan yang laen n feedback orang yang dah pakai.
Kalau nak tauuu ,
2-2 kereta family aku pakai tauuuu.
N buleh kata satuuuu familyyy pacek2, macek2 sume pakai.

Banner Belog !
Tuesday, November 30, 2010
Jerawat , ape korang buat?
Sape nak awet muda?
*Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.
*Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
* Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
* Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
* Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
* Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
* Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
* Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
* Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
* Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
* Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
* Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
* Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
* Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
* Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
* Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
* Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
* Amalkan solat tahajud.
* Sentiasa tenang dan bersikap positif.
* Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
* Maafkan semua orang sebelum tidur.
Da baca? Jom kita amal kan ! :)
Seronok = Happy
Selamat kembali !
Sunday, November 28, 2010
BLOG WALKING
Sape dah tengok?


