Sunday, August 21, 2011

Rahsia Lakaran

Assalamualaikum semua
^__^

Pagi ni aku ada lagi tentang kuiz personaliti 
tetapi kali ni tak payah jawab kuiz.

Pernah tak korang boring-boring dalam kelas ke
lepas tu conteng lukis-lukis pape?
Mesti pernah kan? kannn?
Hee..

So jom kitaa tgk personaliti korang berdasarkn lakaran!
:)

1) Bunga-bungaan
Lakaran bunga-bungaan menggambarkan perasaan dan emosi kamu sedang menuju kedewasaan & kematangan. Kamu lebih gemar berada dlm keadaan yg sunyi. Bagi kamu ia mampu memberikan lebih ketenangan di samping memberi ruang untuk kamu merancang perjalanan kehidupan yg lebih sempurna. Kamu juga sentiasa berusaha utk menyenangkan hati individu yg berada di sekelilingmu. Oleh kerana kamu dikategorikan sebagai individu yg agak sensetif, maka kamu sentiasa bersifat suka menolong dan sedia membantu sesiapa saja.
Info : Gadis yg dilamun cinta gemar melukis bunga daisy @ ros, lebih-lebih lagi sekiranya dia sedang memikirkan tntg lelaki idaman atau bakal teman hidupnya.

2) Pokok atau Rumah

Sekiranya kamu gemar melukis sebuah rumah,ia adalah pantulan keperibadianmu yg sebenar. Lukisan tersebut menggambarkan keinginan utk memiliki kehidupan yg lebih harmoni khususnya bila berada di kediaman. Sekiranya kamu melukis sebuah pokok besar bersama pokok-pokok rendang di sekitar rumah, beerti kamu memiliki keperibadian yg menyenangkan si samping memiliki ciri-ciri optimis. Manakala, jika kamu sebuah rumah kecil dgn lakaran tona agk gelap pada bahagian tingkap, ini menggambarkan kamu memiliki emosi terkurung/terpenjara. Selain itu, ia juga bermaksud bahwa kamu individu yg mudah berputus asa.
Info: Lebih besar lakaran yg kamu buat, adalah lebih tnggi thap keyakinan yg ada dlm diri kamu. Selain itu, lebih teliti lakaran maka lebih besar ego dlm diri kamu.

3) Pelangi, Matahari dan Awan

Pelangi boleh membawa mksd bahawa kamu sedang berusaha utk menghilangkan tekanan yg sedang kamu alami atau kamu sedang berusaha utk melindungi emosi sebenar kamu. Malah, sekiranya kamu turut melakar kepulan awan bersama titisan hujan, ia membawa maksud kamu sedang bersedih namun ttp berada dlm keadaan tenang. Jika lakaran awan yg kamu buat kelihatan cantik, ia melihatkan dirimu bersemangat tinggi. Mnakala lakaran matahari beserta sinaran pancaran menggambarkn simbol positif yg ada dlm diri kamu.
Info: Jika lakaran yg kamu lakukan memiliki bentuk melengkung, ia menggambarkan diri kamu sentiasa berpijak di bumi yg nyata. Kamu jugak memiliki personaliti yg agak ringkas ttp menarik. Ada kalanya kamu cepat naik angin & suka mencari kesalahan diri.

4) Wajah seseorang
.Gambar dr google.
.Tak reti lukis gmbr muka orang.
:D
Jika kamu gemar melakar wajah gadis cantik, berbibir penuh & berbulu mata pnjg, ia membawa maksud bahawa kamu sdg berusaha menjadikan diri kamu sbg individu yg lebih berpenampilan menarik. Sekiranya kamu melakar gmbr wajah memiliki bibir yg nipis ia menggambarkn bahawa kamu sdg runsing & sekiranya lakaranya bibir tersenyum, ia beerti kamu memerlukan seseorg utk berbicara. Lakaran wajah yg kelihatan berkerut menggambarkn kamu tdk dpt melindungi perasaan sedih yg dialami.
Info: Jika lakaran memenuhi seluruh kertas, ia bermaksd memiliki keperibadian yg tnggi dlm diri. Sekiranya lakaran menggunakn ruang kecil, bermaksd kamu kurang yakin dgn diri sendri.

5) Bintang

Objek ini melambangkan simbol dinamik dlm dri seseorg. Namun mereka agk mementigkn diri sendiri. Ia juga menggambarkan diri individu yg agak degil & suka mengambil kesempatan dlm sesebuah ikatan persahabatan. Sekiranya lakaran yg dibuat memiliki sisi bersudut sperti bntuk tiga segi dan kiub beerti kamu mdh marah dan agresif. Walau bagaimana pun, kamu tergolong dlm kategori yg gemarkn persaingan & bercita-cita tinggi. Malah kamu mngkn hampir mencapai matlamat dlm hidupmu.
Info: Sekiranya kamu gemar melakar sesuatu objek secara berulang, ia beerti kamu seorang yg penyabar.

6) Orang lidi

Ini menggambarkan bahawa kamu bukan lah individu yg gemar memberikan tumpuan terhadap sesuatu perkara/kerja. Sebaliknya kamu gemar melakukan kerja-kerja yg mudah yg tidk perlu memberikan penumpuan penuh. Dalam membuat keputusan pula, kamu lebih gemar memilih jln mudah lebih-lebih lagi sekiranya masalah yg dihadapi agak rumit.
Info: Sekiranya kamu melukis sebiji buah epal, beerti kamu sedang menahan dirimu drpd digoda. Sekiranya kamu melukis gmbar ular, ia membayangkan kamu sedang merasai diri dikhianati oleh seseorg.

7) Bentuk Hati

Lakaran berbentuk hati sudah pasti membawa maksd bahwa kamu sdg memikirkan soal cinta dlm diri kamu. Lakran objek sebegini membayangkan kamu sdg berusaha mencari cinta sejati dlm diri atau kamu telah menemui cinta baru dlm diri. Objek ini juga menggambarkn diri kamu yg bersifat sentimental.
Info: Lakaran yg kelihatan condong ke kanan menggambarkn kamu individu berfikiran terbuka. Manakala condong ke kiri beerti kamu tergolong dlm kategori individu yg bijak.

So macam mana?
Ada yang sama tak?
Bagi aku, ada jgk yg betul nya.
Hee
Sumber nih aku dpt daripada majalah remaja yg lama.
Theee.
Sory lukisan agak buruk di situ.
Hahaha

P/s : Bagi yg nk share, kalau boleh link kan ke blog sy ye..
Tq.. ^__^

9 comments:

apisv2 said...

salam, no 4..hehe ;p

miRa'e said...

suka lukis wajah org ek? hehe ^__^

mR.sAm said...

sume dia ats slalu sy lukis dlm satu kertas kosng time bosan..cmne tu..pastu lukis otomen.dlm lukisn yg sma..otomen yg tegah fire raksasa..huhuh..

syahirooAhmad said...

saya pun. suke lukis gambar org dan kereta.. tapi yg wat praktis signature..

Akito Boron said...

aku suke lukis org lidi sbb senang nk lukis. tp mmg betul suka amek jalan mudah. kene ubah sikap ni

Fadzli Amir said...

Salam kenal...hehehe..no 4 la.....dulu lukis cik wife, sekarang lukis anak2...

Amy Syaquena said...

Salam kenal , singgah dan follow sini.. jom singgah belog saya..

http://www.sinarraudah.com/2011/08/jatuh-cinta-dengan-budu-layan-colek.html

KAMIHIDUP said...

KAMI kembali, hiyargh! Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari KAMI. :)

ZACK ENTRY said...

<--orang lidi..heheh


nice entry..^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...