Wednesday, August 17, 2011

Ramalan Personaliti Cara Jepun

Assalamualaikum!

Boring-boring tadi aku ada belek majalah 
remaja lama aku.

Lepas tu aku ada jmpe bahagian kuiz personaliti.
So jom aku kongsi dgn korang
^___^

Syarat permainan :
1) Baca kelima-lima soalan dgn teliti.
2) Jgn ambil masa yg terlalu lama utk jawab soalan. Perkara 
pertama yg terlintas adalah jawapan sebenar.
3) Setelah selesai menjawab, baru boleh meneliti analisis
yg diberikan.

Okayy?

Let's Start !

Soalan 1 : 
Kamu memiliki sejumlah wang yg byk & ingin membeli kereta idaman. Tanpa berfikir panjg,  kereta yg kamu ingin beli adalah :
a) Kenderaan pacuan 4 roda
b) Kereta sport
c) Jaguar
d) Apa sahaja yg boleh membawa kamu ke mana-mana



Soalan 2 :
Bayangkan diri kamu seorang penyanyi & baru selesai merakamkan album terbaru. Untuk kulit album, rekaan manakah yg menjadi pilihanmu :
a) Pantai yg indah, tenang, berpasir putih & lautan biru terbentang luas
b) Karikatur yg lucu & berwana-warni
c) Potretmu
d)  Lukisan abstrak yg tak jelas bentuknya



Soalan 3 :
Kamu sedang merenung langit yg terbentang luas & indah. Kemudian pndagan itu dialihkan pd persekitaranmu (tnh tmpt berpijak). Apakah yg tergmbar dlm bayanganmu ketika itu : 
a) Permukaan bumi putih diselaputi salji
b) Pantai dgn lautan terbetang luas
c) Gunung-ganang dgn rimbunan pokok-pokok hijau
d) Padang luas yg dipenuhi bunga matahari yg kembang mekar



Soalan 4 :
Ketika membaca majalah / surat khabar , bagaimana cara kamu membacanya :
a) Membaca mengikut urutan
b) Baca dgn melangkau halaman. Memilih artikel kegemaran
c) Membelek helaian terlebih dahulu kerana mencari artikel menarik
d) Mula membaca dr halaman belakang terus ke hadapan

Soalan 5 :
Kamu berada dlm satu pameran lukisan. Tiba-tiba seseorg dtg menghampiri & ingin berbual dgnmu. Perkataan pertama yg terpacul di bibirmu ketika didekati ialah :
a) "Lukisan ini cantik"
b) "Apa pendapat kamu tntg lukisan ini?"
c) "Maaf, adakah sy menggangu"
d) Kenalkn dri , " sy lah pelukisnya"

JAWAPAN : 

Soalan 1 : Cara kamu memilih pasangan
a) Memilih berdasarkan naluri sendiri. Bagi kamu, calon yg paling sesuai adalah blh dipercayai serta buleh menenangkn sgt kesukaran.
b) Kacak/cantik adalah kriteria utama dlm memilih psgn. Cara begini sering membuatkn kmu sering patah hati dlm hubungan.
c) Status sosial & kewangan sgt pentg dlm hdp kamu. Dlm memilih psgn, kmu akan menyelidik latr belakg keluarga & etc.
d) Bersikap terbuka & mmpu menerima sesiapa sahaja yg mampu membahagiakn kamu.



Soalan 2 : Menunjukkan personaliti dirimu
a) Individu sensetif & prihatin. Namun agk pemalu & sukar ditafsir. Namun hakikatnya mudah didekati.
b) Mudah bergaul,peramah & mempunyai ramai teman. Keramahan ada kalanya diragui teman2 & mereka sukar mempercayai dirimu. Kamu gemar membuat org lain tertawa tp tidk sama sekli utk ditertawakn org lain.
c) Individu yg jujur.Namun kejujuran perlu berpada-pada.
d) Gemar memperlihatkn bakat kepada umum. Tapi igt, org lain juga mempunyai bakat sehebat anda. Cuba berfikiran terbuka & terima pndpt org lain. 

Soalan 3 : Melambangkan kebolehan / kelebihanmu
a) Individu sensetif  lebih2 lagi ketika berhadapan situasi rumit. Berfikiran tajam & sering mengikut kata hati ketika bertindak.
b) Bijak menjaga hati sahabat. Individu di sekelilingmu kagum dgn cara kamu berkomunikasi & menyenangi dirimu.
c) Dianggap indvdu yg terlalu memahami org lain. Bersedia membantu sesiapa saja, walau apa jua keadaan.
d) Bijak, kreatif, memiliki byk idea & berpotensi utk terus maju. Nmun jgn smpi mengabaikn perasaan org lain.

Soalan 4 : Cara mengatur perbelanjaan
a) Bijak merangka perbelanjaan, tidak boros & tahu menggunakan wang sebaiknya.
b) Boros ! Sikapmu menjadikan kamu sering hdp dlm keadaan terdesak!
c) Berhati2 dlm perbelanjaan hingga ada yg menggap kmu kedekut kerana membeli brg berkualiti rendh. Mungkin sbb kmu tdk suka berhutang.
d) Cara mengatur perbelanjaan tidak rasional! Sekiranya inginkn sesuatu, kamu sggp berhabisan.

Soalan 5 : Reaksi bila bertemu org baru
a) Gemar berkawan & berfikiran positif. Keperibadian disenangi ramai nmun ada kalanya kamu agk bmbg org lain tdk dpt menerima kehadiran kamu.
b) Sebelum meluahkn isi hati , kmu ign mndgr pndpt org lain dahulu. Ada kalanya mudh terpengaruh dgn pndpt org lain.
c) Sering dianggap individu yg sukar  didekati oleh mereka di sekelilingmu. Kamu juga agak mementingkn diri dlm melakukan sesuatu perkara.
d) Kamu berusaha bersunggh2 agar dri kamu dpt diterima org lain. Namun usahamu seakan sia-sia kerana individu sekelilingmu seakan tidk gemar sikapmu.



Fuh , pnjg kan kali ni?
Penat menaip.
So macam mana?
Ada yang betul tak?
^__^

Anyway, ini just permainan sahaja.
Jangan la korang semua percaya bulat-bulat ye?

:)

4 comments:

SnAfiah said...

waa seronok! nak copy & share boleh?
salam singgah :D

miRa'e said...

Buleh aja.. tp kalau buleh link kan sekali ye :)

Ken Wooi said...

quite interesting.. and true also :)

bahtera hidup said...

wah..kebetulan la...mntak share ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...