Tuesday, November 30, 2010
Jerawat , ape korang buat?
Sape nak awet muda?
*Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.
*Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
* Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
* Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
* Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
* Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
* Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
* Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
* Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
* Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
* Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
* Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
* Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
* Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
* Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
* Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
* Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
* Amalkan solat tahajud.
* Sentiasa tenang dan bersikap positif.
* Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
* Maafkan semua orang sebelum tidur.
Da baca? Jom kita amal kan ! :)
Seronok = Happy
Selamat kembali !
Sunday, November 28, 2010
BLOG WALKING
Sape dah tengok?



Syukur :)
Thursday, November 11, 2010
Cam na nih? Sesapa buleh tolong?
Wednesday, November 10, 2010
Da abes demam pulak . alahai .
[ Picture of my life Contest ]

Tuesday, November 9, 2010
TAMAT SUDAH

Friday, November 5, 2010
Perkataan keliru.
Thursday, November 4, 2010
Entri manja-manja hari jumaat buleh tak?
